Dilahirkan tanggal 19 September 1983, anak kelahiran Julau, Sarawak ini mendapat pendidikan awal di SRB St. Alphonsus Julau, Sarawak. Selepas mendapat kejayaan yang agak cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, beliau melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan di bawah Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak. Selepas beberapa tahun, beliau kembali semula ke Sarawak dan menuntut di SMK Julau, Sarawak. Sebaik sahaja menamatkan SPM, beliau berpindah ke SMK Meradong, Bintangor pula untuk meneruskan pengajian di Peringkat STPM. Cikgu Sangin akhirnya memilih untuk melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bergraduat pada tahun 2007. Graduan UPSI yang telah mendapat Hadiah Buku Naib Canselor ini akhirnya dipostingkan ke SMT Betong (nama lamanya) dan kini dipanggil Kolej Vokasional Betong sehingga sekarang.
11 tahun dalam dunia pendidikan vokasional, Cikgu Sangin telah terlibat secara aktif dalam pelbagai bidang di pelbagai peringkat. Beliau merupakan Pengerusi Persatuan Kaunselor KVSMT Zon Sarawak sehingga kini. Antara kejayaan beliau adalah pernah menjadi Johan KIK BPTV Peringkat Kebangsaan, Naib Johan Anugerah Inovasi KPM Peringkat Kebangsaan, Persembahan Terbaik KIK KPM Peringkat Kebangsaan. Selain itu juga, beliau aktif terlibat di dalam bidang pengacaraan majlis di pelbagai peringkat di samping sering diundang untuk memberi ceramah motivasi, pengurusan majlis, pengacaraan, persediaan temuduga dan pelbagai bidang lain. Kejayaan-kejayaan ini turut menjadi inspirasi buat beliau untuk menerbitkan CD Keresa Kitai, satu bahan yang banyak membantu Kaunselor dan juga guru-guru di sekolah. Terbaru, belau telah menghasilkan pula Smart Analyzer, satu perisian excel yang membantu para Kaunselor di sekolah untuk merekodkan dan menganalisis sesi bimbingan dan kaunseling, program bimbingan dan kaunseling. Dan yang menarik, kedua-kedua inovasi ini mendapat permintaan serta respons yang memberangsangkan.